KALAM HIKMAH : HATI TENTERAM DENGAN ZAKAT

 

Sungguh, ketenteraman hati adalah satu bentuk nikmat daripada Allah ‘azzawajall yang seharusnya kita syukuri. Pada sisi yang lain, tiada siapa mengharapkan kegelisahan dan kesedihan.

Tahukah kita salah satu cara untuk meraih ketenteraman hati adalah dengan melaksanakan kewajipan zakat di samping kewajipan-kewajipan lain?

Allah ‘azzawajall berfirman maksudnya,
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan solat serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
[al-Baqarah 2:277]

Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang tenteram.
Semoga Allah selalu membimbing kita.

Sumber : FB Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut