Pembukaan sempadan negara pemangkin ekonomi

Pengumuman kerajaan berhubung pembukaan sempadan pada 1 April ini mendapat respon positif daripada  negeri-negeri yang berjiran dengan Thailand. Pembukaan sempadan dijangka akan membawa banyak kesan positif, terutamanya dari segi ekonomi dan hubungan masyarakat kedua-dua negara.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata kerajaan negeri bersiap sedia untuk menerima pelancong asing khususnya dari Thailand.

“Keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan sudah pastinya telah mengambil kira semua pandangan yang diberikan, khususnya dari pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Mereka dapati perkara ini (Covid-19) dapat dikawal,” katanya kepada Bernama.

Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Ruzaini Rais berkata, pembukaan sempadan sememangnya dinantikan oleh banyak pihak dan ia bakal memberi limpahan ekonomi dari segi perdagangan dan pelancongan. Pihak kerajaan negeri telah membuat persediaan awal termasuk melakukan gotong-royong pembersihan kawasan sekitar di pintu sempadan Padang Besar dan Wang Kelian.

Di samping itu, peniaga di Padang Besar diminta supaya bijak menggunakan peluang bagi memajukan perniagaan masing-masing apabila kegiatan ekonomi di pekan itu dijangka kembali rancak setelah pembukaan pintu sempadan Malaysia-Thailand nanti.

Exco Penjaja dan Peniaga Kecil Perlis Azizan Sulaiman berkata pembukaan pintu sempadan negara amat dinanti-nantikan oleh semua pihak kerana akan memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi terutama di pekan sempadan seperti Padang Besar dan Wang Kelian.

Beliau turut menambaha sebagai persiapan, kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan pemantauan di sekitar Padang Besar bagi memastikan tiada peniaga haram mengambil kesempatan untuk beroperasi di kawasan yang tidak dibenarkan.

Walaupun negeri itu mengamalkan konsep Perlis Bebas Niaga, setiap pihak perlu mematuhi amalan 3R (keselamatan, kebersihan dan kacau ganggu) bagi mengelak sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …