POLIS KELANTAN PERBANYAK RONDAAN SEMPENA PEMBUKAAN SEMPADAN

TUMPAT – Polis Kelantan meningkatkan rondaan di kawasan antara Malaysia dan Thailand menjelang pembukaan semula sempadan negara pada 1 April ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tugasan rondaan itu lebih memberi fokus kepada pencegahan penularan Covid-19 dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selain mengekang penyeludupan.

 

Lebih 500 kekuatan anggota termasuk PPM dan Pasukan Gerakan Am (PGA) terlibat memastikan sempadan negara terkawal.

 

Rondaan yang dipertingkatkan itu akan turut dilakukan di 92 pangkalan haram di sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand.

 

Pada Selasa, kerajaan memutuskan membuka semula sempadan negara pada 1 April ini susulan fasa peralihan ke endemik.

#keluargaMalaysia

#rondasempadan

#PGAkelantan

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …