LIONS CLUB OF LABUAN MANDARIN BERIKAN SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN B40

WP Labuan, 9 Mac 2022 – Persatuan Lions Club Of Labuan Mandarin telah menyalurkan sumbangan berupa barangan makanan mentah kepada 10 penerima merupakan kakitangan PL yang layak daripada golongan B40.
Majlis penyampaian sumbangan ini diadakan di Wisma PL petang tadi yang disampaikan oleh Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, TKPE Pengurusan menanggung jawatan KPE PL.
Hadir sama dalam majlis ini ialah wakil daripada persatuan iaitu PP Jessica Lee, PP Mary Lim dan Chua Pui Shien.
PL mengucapkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Lions Club Of Mandarin atas sumbangan dan sokongan. Semoga perhatian dan bakti murni ini dapat memberikan menafaat kepada mereka yang memerlukan.
Sumber: PERBADANAN LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …