MAJLIS SERAH TUGAS KEPADA PENGARAH MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, NEGERI SABAH BAHARU

Kota Kinabalu, Sabah 6 mac 2022 : secara rasmi, YBhg Pengarah Keselamatan Negeri Sabah yang baharu, Tuan Noor Alam Khan telah melapor diri di Pejabat MKN Sabah dan memulakan tugas secara rasmi.

Tugas beliau dimulakan dengan mendengar taklimat daripada Timbalan Pengarah Keselamatan Negeri, Tuan Norali Ag Damit dan Pegawai yang lain.

Pengalaman yang luas dalam bidang keselamatan dan keseriusan anak jati Sabah ini dalam mengulas isu isu keselamatan negeri merupakan pakej lengkap dalam meletakkan keselamatan dan kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah pada komitmen tertinggi.

Beliau memberi jaminan akan memberi komitmen yang terbaik dalam meneraju MKN Sabah dalam aspek keselamatan dan kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah.

 

#LindungiDiriLindungiSemua
#KeluargaMalaysia
#kitajagakita
#SabahMajuJaya

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …