TINDAKAN SEMASA BANJIR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)
Banjir akan menyebabkan beberapa gangguan perkhidmatan termasuk kerosakan infrastruktur dan juga membawa risiko kepada penyebaran penyakit. Oleh itu, adalah amat penting untuk memberikan komitmen dalam mengatur langkah keselamatan ketika berhadapan dengan situasi banjir seperti yang disarankan oleh pihak AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) menerusi infografik yang dipaparkan.
Sebagai info tambahan jika anda terperangkap di dalam kenderaan ketika banjir, berikut adalah di antara langkah yang boleh diambil:
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat; dan
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.

Anda juga boleh membaca dengan lebih terperinci langkah-langah persediaan menghadapi, sebelum dan selepas banjir seperti yang disyorkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menerusi laman portal Astro Awani.

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …