PENDUDUK RUGI LEBIH RM690,000 ANGKARA BANJIR TERMENUNG

TUMPAT – Polis di daerah menerima sejumlah 311 laporan daripada penduduk berkaitan kemusnahan harta benda, tanaman dan ternakan akibat fenomena banjir termenung yang dianggarkan bernilai RM690,358.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri memaklumkan bahawa laporan yang diterima kesemuanya membabitkan kerosakan kediaman, kenderaan, tanaman dan ternakan yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM690,358.

Fenomena banjir tersebut disifatkan lebih buruk berbanding tahun-tahun sebelumnya hingga pekarangan Balai Polis Kuala Jambu dinaiki air hingga mencecah 1.5 meter.

 

#keluargaMalaysia

#banjirtermenung

#banjirKelantan

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …