Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan (KPDNHEP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mengadakan satu operasi bersepadu terhadap sebuah kilang rumah sembelih yang menggunakan logo halal Malaysia tanpa kebenaran pada pembungkusan produk.
Operasi ini diketuai oleh Tuan Saiful bin Mohamad, Pegawai KPDNHEP Negeri Sembilan.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Halal, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my
Sumber : FB Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan “Official”