PENDIGITALAN WAKAF REDI2PAY

Dunia kini bergerak ke medium digital, MAIWP melalui Pusat Wakaf MAIWP tidak mahu ketinggalan dalam era 4.0.

Pendekatan oleh Pusat Wakaf MAIWP menerusi pemerkasaan teknologi memberikan gambaran perlaksanaan tunai wakaf adalah dilihat dapat dilaksanakan dengan lebih telus, efisien dan sistematik.

Pusat Wakaf MAIWP dan Radiance Assets Berhad telah melantik Redipay Sdn Bhd sebagai penyedia platform digital (al-qayyim – ejen kutipan wakaf tunai) dilihat dapat merealisasikan pendigitalan wakaf ini.

Pendigitalan ini direalisasikan melalui Majlis Pelancaran REDI2PAY Pusat Wakaf MAIWP yang mana telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad(Idris Ahmad), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Putrajaya.

Menurut YB Senator Datuk Haji Idris, kerjasama strategik ini dapat merealisasikan hasrat serta objektif untuk menyantuni keperluan masyarakat dan akhirnya memberi manfaat kepada masyarakat.

Satu portal laman sesawang telah dibina bagi tujuan pendigitalan wakaf.

Portal ini dikenali sebagai redi2infaq.com dimana ia akan memudahkan masyarakat melaksanakan sumbangan wakaf tunai dengan membuat pilihan pada pelbagai jenis projek atau program yang disediakan oleh pihak Pusat Wakaf MAIWP dan Redipay.

“Dengan platform digital seperti ini, diharapkan sasaran kutipan wakaf tunai pada tahun ini sebanyak lima belas juta ringgit dapat dicapai”.

“Hasil daripada kutipan ini, pelbagai bentuk manfaat wakaf dapat disalurkan dalam pelbagai bentuk keperluan. Sudah tentulah MAIWP perlu bekerja dengan lebih keras untuk membangunkan produk-produk wakaf yang berdaya saing”, ujar YB Senator Datuk Haji Idris.

Hadir sama mengiringi beliau Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar(Dr Mohd Daud Bakar – Shariah Minds – Minda Syariah), Pengerusi MAIWP dan Datuk Dr. Mohd Ghazali Md. Noor, Pengerusi Pusat Wakaf MAIWP merangkap Ahli MAIWP.

Pusat Wakaf MAIWP perlu sentiasa bekerja keras untuk mempromosikan kepentingan wakaf dan peranannya untuk mencapai kemajuan ekonomi umat Islam dan masyarakat yang lebih agresif.

Pelbagai medium digital yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan mempromosi dan masyarakat dapat berwakaf dengan mudah dan pantas.

SUMBER: FB MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …