MKN FC – PERMULAAN UNTUK BANGKIT

Putrajaya : MAKSWIP 2022 telah melabuhkan tirai dan MKN FC perlu melupakan kekecewaan dengan keputusan yang kurang baik sepanjang kejohanan tersebut. Ketua pasukan MKN FC berkata, “Ini bukan permulaan yang kita inginkan, tetapi semoga menjadi batu loncatan untuk lebih maju kehadapan”.

Skuad MAKSWIP 2022 MKN FC

Beliau turut mengulas, “Ini adalah permainan yang sukar bagi kami menentang pasukan Lembaga Getah Malaysia (LGM A) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baik secara teknikal. Kami menunjukkan kekuatan semangat setelah ketinggalan dan kami mengekalkan ketenangan”.

MKN FC vs LGM (A)

Tim kejurulatihan MKN FC mahu para pemain meningkatkan usaha untuk beberapa perlawanan 2022 yang akan datang. Banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk mengubah formasi baharu disebabkan para pemain baharu perlu mendapatkan kombinasi antara satu sama lain.

Penjaga gol MKN FC menyelamatkan percubaan KDN FC

Pihak pengurusan tertinggi MKN optimis peningkatan prestasi skuad MKN FC dapat dicapai dan mengingatkan para pemain agar lebih fokus dan menitikberatkan tahap kecergasan untuk mengharungi sesi 2022 ini.

Pemain MKN FC mengawal permainan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …