PINJAMAN PERUMAHAN MENERUSI SYARIKAT JAMINAN KREDIT PERUMAHAN BERHAD (SJKP)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Isu Kumpulan B40)

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan di Johor Baharu bahawa rakyat daripada golongan B40 dan M40 yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tiada slip gaji untuk pembiayaan membeli rumah boleh membeli rumah sendiri.

Impian mereka untuk memiliki kediaman sendiri bakal tercapai apabila Kerajaan sedia membantu mempermudahkan pinjaman perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP). SJKP merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan dan sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk tujuan tersebut dalam Belanjawan 2022.

Mereka yang bekerja sebagai nelayan, petani, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain pekerjaan boleh memohon membeli rumah pertama berharga sehingga RM300,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun. Berita gembira itu memberi sinar baharu dan kini gaji kecil dengan pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan tanpa slip gaji, bukan lagi penghalang utama memiliki rumah impian.

 

Sumber berita:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut