PAM BERGERAK ATASI BANJIR TERMENUNG

KOTA BHARU : Masalah banjir termenung yang melanda di beberapa lokasi di negeri ini akan diatasi secepat mungkin dengan penggunaan pam bergerak.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan bahawa pihaknya sudah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membekalkan beberapa unit pam bergerak untuk ditempatkan di semua lokasi yang mengalami situasi banjir termenung.

Kerajaan juga sudah memutuskan untuk mewujudkan sistem pam paip di kawasan yang biasa berlaku menyebabkan air termenung yang akan diselenggarakan pada sistem pintu air atau pam yang sistematik.

Dari segi ganti rugi, mangsa banjir tidak perlu bimbang kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat yang mana bantuan wang ihsan tetap diberikan. Bantuan berjumlah RM1,000 akan diterima mangsa banjir di negeri ini dan ia bukan hanya diterima oleh penduduk yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) tapi juga yang berlindung di lokasi selamat lain.

 

 

 

SUMBER : METRO ONLINE

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …