KPDNHEP RAMPAS 8,448 KG MINYAK MASAK YANG CUBA DISELUDUP

KOTA BHARU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mematahkan penyeludupan 8,448 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Aur Duri, di sini, hari ini.

Operasi bersepadu bersama Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) dan Pasukan Polis Marin, Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor pada 5.20 pagi itu berjaya merampas minyak masak paket satu kg bernilai RM21,120.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri memaklumkan bahawa hasil maklumat risikan, pihaknya mengesan pergerakan sebuah lori tiga tan dari Pahang yang membuat pemunggahan minyak masak bersubsidi. Minyak masak berkenaan kemudian dibawa ke sebuah rumah di tepi Sungai Kelantan yang dijadikan sebagai lokasi untuk transit sementara.

Hasil pemeriksaan lanjut menemui 8,448 kg minyak masak paket satu kg bersubsidi. Selain itu, pihak KPDNHEP turut menyita sebuah lori, pacuan empat roda Mitsubishi Pajero dan Proton Waja dengan anggaran keseluruhan rampasan berjumlah RM83,120.

Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDNHEP Kelantan memberi amaran kepada semua peniaga supaya mematuhi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan ini tanpa kompromi.

 

 

 

 

 

 

SUMBER : FB KPDNHEP KELANTAN & METRO ONLINE

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …