OPS MERAH TELUK KUMBAR PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB), JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Ops Merah secara berfokus di persimpangan lampu isyarat Jalan Teluk Kumbar menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada 3 Mac 2022.
Hasil penguatkuasaan yang telah dilaksanakan selama 2 jam, sebanyak 19 notis saman telah dikeluarkan atas kesalahan gagal patuh lampu isyarat merah, 22 notis saman atas kesalahan tiada lesen memandu, 8 notis saman Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsurans, 6 notis saman atas kesalahan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dibenarkan, 3 notis saman tidak pamer pelekat P dan 2 notis saman menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
Pengguna jalanraya adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang-undang jalan raya bagi mengelak daripada dikenakan tindakan saman serta memastikan pemanduan anda selamat serta memiliki lesen memandu yang sah semasa memandu. Kecuaian dan kealpaan boleh mengundang padah. lngat insan tersayang. Pandu Cermat Sampai Selamat.

 

Sumber:

Laman Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …