PROJEK PLSB KESBAN SELAMATKAN 38 KAMPUNG DI TUMPAT

KOTA BHARU : Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) menafikan pembinaan benteng bagi Projek Fasa Satu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (Kesban) yang mengakibatkan berlakunya banjir besar di daerah Pasir Mas.

Menteri KASA, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan bahawa projek itu dapat menyelamatkan 38 buah kampung di kawasan Tumpat dengan bilangan penduduk berpindah daripada 4,000 orang kepada 300 orang sahaja.

Beliau juga berkata banjir di Pasir Mas berlaku akibat daripada hujan lebat yang luar biasa sehingga berlaku limpahan air Sungai Golok. Data terkini menunjukkan projek fasa satu itu berjaya menyelamatkan 38 kampung di Tumpat dengan bilangan penduduk berpindah daripada 4,000 orang kepada 300 orang sahaja.

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook dan WhatsApp apabila ada penduduk di Rantau Panjang dan Kampung Tersang yang mendakwa banjir besar kali ini disebabkan pembinaan benteng.

Penduduk mendakwa benteng itu dibina oleh orang yang tidak bertanggungjawab menyebabkan beberapa rumah musnah dan kerugian kepada mangsa.

Tuan Ibrahim berkata, pembinaan benteng fasa satu sekarang (meliputi jalan dari Pengkalan Kubor ke Sungai Lanchang, Pasir Mas) juga mengambil kira kawasan paling rendah dan paling mudah limpahan Sungai Golok. Berbanding projek di fasa dua di bahagian utara yang meliputi Bandar Rantau Panjang, Kampung Lanchang sehingga ke Kampung Ayer Lanas, Tanah Merah bagi penyelesaian menyeluruh untuk mengatasi masalah banjir dan limpahan air Sungai Golok.

Pembinaan benteng banjir seperti sebelah Thailand sudah diluluskan dan reka bentuk sedang dilaksanakan dalam peruntukan tahun kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

 

 

SUMBER : HARIAN METRO

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …