LTAPP SEDIA TERIMA PENERBANGAN VTL PULAU PINANG-SINGAPURA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Diplomasi Ekonomi / Hubungan Diplomatik Antarabangsa)

George Town, 1 Mac 2022 – Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas bersedia untuk menerima penerbangan di bawah Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) antara Pulau Pinang dan Singapura.

Turut dilaporkan bahawa Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) telah merangka perancangan yang diperlukan di LTAPP untuk memastikan kemudahan penerbangan Pulau Pinang-Singapura itu berjalan lancar. MASB telah membuat perancangan rapi berhubung perkara tersebut termasuk menetapkan jambatan udara (aero bridge) dan apron lapangan terbang (apron airport) yang dikhususkan untuk penumpang yang turun dari pesawat. Sebagai sebahagian daripada persediaan yang telah dirancang tersebut, LTAPP juga telah menubuhkan makmal perubatan khas bagi tujuan ujian calitan COVID-19. Penumpang yang disahkan keputusan negatif semasa tiba di LTAPP akan dibenarkan masuk ke Pulau Pinang manakala penumpang yang disahkan positif akan dihantar ke kawasan pengasingan khas untuk tindakan lanjut.

Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) telah mengemukakan permohonan untuk melancarkan VTL antara Pulau Pinang dan Singapura pada Disember tahun lalu bagi tujuan pemulihan ekonomi republic Singapura dan negeri Pulau Pinang. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Izham Ismail berkata, permohonan untuk perjalanan antara Pulau Pinang dan Singapura telah dikemukakan beberapa bulan sebelum itu. Permohonan tersebut dibuat susulan kejayaan VTL antara Kuala Lumpur-Singapura yang dilancarkan pada 29 November 2021 lalu, namun keputusan mengenai pelaksanaannya masih belum diketahui.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada ketika itu juga telah memohon pertimbangan Kerajaan Persekutuan untuk melibatkan LTAPP dalam VTL antara Malaysia dan Singapura atas dasar langkah tersebut akan memberi manfaat kepada landskap pembuatan negara.

 

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …