WP LABUAN – Berdasarkan data pada 1 Mac 2022, jumlah kes harian COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia adalah 25,854 kes. WP Labuan mencatatkan 230 pertambahan kes harian baharu menjadikan kes aktif sebanyak 3,331 kes dengan nilai R 1.12.
Terdapat empat kluster yang masih aktif di Labuan iaitu Kluster Jalan Pohon Batu (Kluster Pendidikan) ,Kluster Merinding 3 (Kluster Pendidikan), Kluster Sungai Pagar (Kluster Pendidikan) dan Kluster Lusu Patau-Patau (Kluster Tempat Kerja).
Sumber: MOH
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan