TAKTIK WARGA ASING MENYELINAP MASUK KE PASAR BORONG KL

TAKTIK licik peniaga warga asing yang menyelinap masuk ke Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) menggunakan kenderaan peniaga tempatan dikesan Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu operasi pada Jumaat.

Dalam hantarannya di laman Facebook DBKL, pihaknya mendapati masih terdapat segelintir warga asing yang berjaya memasuki kawasan PBKL dengan cara yang licik meskipun kawalan ketat dijalankan dengan mengawal pergerakan masuk dan keluar pintu utama.

“Mereka menyelinap masuk menggunakan kenderaan peniaga tempatan yang berurusan di dalam kawasan PBKL meskipun tahu ini bukan kawasannya untuk berniaga,” katanya hari ini.

DBKL berkata, pihaknya akan menjalankan pemantau laluan pintu masuk dan keluar termauk lorong-lorong tikus yang telah dikenal pasti menjadi laluan kepada warga asing yang berniaga secara haram.

Menurut DBKL, dalam operasi tersebut, tiga gerai yang dikendalikan warga asing di sekitar kawasan PBKL telah disita manakala dua kesalahan diambil tindakan di bawah UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Sementara itu, DBKL menegaskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan 24 jam ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan pihaknya turut meminta kerjasama warga kota dalam menyalurkan maklumat berkenaan premis warga asing kepada DBKL secara atas talian di laman https://adukl.dbkl.gov.my.

 

SUMBER: WILAYAHKU https://www.wilayahku.com.my/

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …