PROJEK MITIGASI BANJIR SIAP SEPTEMBER DEPAN

SERI NEGERI 1 Mac – Sebanyak 296 projek mitigasi banjir dibangunkan di kawasan kritikal di negeri ini bagi mengatasi masalah banjir di luar jangka yang berlaku di seluruh Melaka.

EXCO Pengurusan Banjir, Datuk Rahmad Mariman berkata, projek itu dibina menerusi peruntukan dari kerajaan negeri dan Persekutuan akan disiapkan menjelang September depan.

Jelasnya, setakat ini sebanyak 11 lokasi projek telah disiapkan manakala 32 lagi sedang dalam pembangunan pelaksanaan projek terbabit.

“Kerajaan negeri memandang serius ke atas isu banjir yang berlaku di luar musim dan ia tidak dijangkakan.

EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur, dan Pengurusan Banjir, Datuk Rahmad Mariman pada Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri ke-15. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Rentetan itu, sebanyak 62 projek mitigasi banjir dibangunkan menerusi kerajaan negeri dengan peruntukan sebanyak RM13.505 juta manakala sebanyak 109 projek akan dibangunkan dengan peruntukan pusat bernilai RM8.1 juta.

“Dalam masa yang sama semua agensi-agensi kerajaan dalam negeri Melaka serta PBT juga telah melaksanakan kerja-kerja mengatasi kes kes banjir yang mana keseluruhannya adalah RM46.16 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, diadakan di Seri Negeri di sini hari ini.

Pada masa sama beliau berkata, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) juga turut dibangunkan di Melaka membabitkan empat lokasi iaitu di Duyong, Bandar Jasin, Alor Gajah Fasa 1 dan Bandar Merlimau.

Jelasnya, ia dibangunkan setelah menerima peruntukan sebanyak RM943 juta dari kerajaan pusat sedang di bina di Melaka.

“Malah, kita juga ada mohon lagi peruntukan sebanyak kira-kira RM1.8 bilion untuk membangunkan lagi RTB di lokasi iaitu di Sungai Putat, Sungai Melaka Fasa 1 dan di Durian Tunggal,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

 

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut