PERLAWANAN PRA KEJOHANAN MKN FC

Bagi mempersiapkan pasukan menjelang Kejohanan Sukan Anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) yang dijadualkan bermula pada 4-6 Mac 2022 ini, MKN FC telah mengadakan perlawanan pemanas badan menentang Laskar Wizurai B (LWB FC).

 

MKN FC

Perlawanan menentang LWB FC semalam di Padang Sintetik Presint 8, Putrajaya memberi peluang kepada pemain MKN FC untuk meningkatkan persefahaman dan kerja berpasukan. Aksi persahabatan berkenaan bukanlah seperti perlawanan biasa dengan kedua-dua pasukan menampilkan permainan yang bersunguh-sunguh.

 

 

 

Meskipun tewas dalam perlawanan tersebut, ketua pasukan MKN FC, Hafizul Ismail tetap optimis dengan

LWB FC

keputusan tersebut. Beliau berkata, “Apa yang penting perlawanan ini lebih kepada untuk membiasakan diri dengan keadaan padang, cuaca dan masa”. Beliau turut mengulas, “Selalunya perlawanan seperti ini kedua-dua pasukan tidak akan mempamerkan kesemua taktikal yang bakal mereka gunakan nanti selain daripada ingin mengelak daripada berlakunya sebarang kecederaan,” katanya.

 

 

Aksi Perlawanan Persahabatan
Para Pemain MKN FC bersama tim kejurulatihan

 

MKN FC diundi dalam Kumpulan K bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM A) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di kejohanan MAKSWIP yang akan berlansung pada 4-6 Mac 2022 ini.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …