PROGRAM SEMARAK MUZIUM PERINGKAT WP LABUAN

WP LABUAN – Bertujuan menaikkan semangat cintakan negara selain mengukuh ikatan Muhibbah dikalangan masyarakat menerusi aktiviti kebudayaan; Jabatan Muzium Malaysia (JMM) Labuan menganjurkan Program Semarak Muzium pada Sabtu dan Ahad lepas. Menurut kenyataan JMM Labuan program 2 hari tersebut menawarkan pelbagai aktivti kepada awam antaranya Persembahan Kebudayaan, Permainan Tradisional serta Demonstrasi dan Pembuatan Produk Tempatan. Selain pameran turut diadakan beberapa pertandingan diantaranya Pertandingan Mewarna, Pertandingan Gubahan Kraftangan Bahan Kitar Semula dan Pertandingan Menganyam Ketupat Daun Kelapa. Acara perasmian disempurnakan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias pagi tadi bertempat di Muzium Labuan. Turut hadir Pengarah Jabatan Muzium Labuan Pn Rohana Husin.
Sumber: BES LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …