BANJIR KELANTAN BERTAMBAH BURUK: 48 PPS DIBUKA

KOTA BHARU – Sehingga 1.30 tengah hari 27 Feb 2022, banjir di Kelantan bertambah buruk apabila mangsa yang dipindahkan bertambah sebanyak 4338 orang berbanding 3,656 mangsa dilaporkan pada jam 9.00 pagi tadi. Sebanyak 48 buah PPS juga dibuka di seluruh negeri Kelantan.

Laporan InfoBencanaBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 1.30 tengah hari ini, , jajahan paling ramai mencatatkan pemindahan mangsa banjir ialah Pasir Mas seramai 2,857 orang diikuti Kuala Krai (582), Tanah Merah (408), Jeli (268) dan Machang (42). Pasir Puteh menjadi jajahan terbaharu mangsa banjir dipindahkan apabila 6 buah PPS dibuka membabitkan 181 orang mangsa.

Penduduk setempat diminta untuk terus waspada dan patuhi arahan pihak berkuasa. Semoga dipermudahkan segala urusan mangsa-mangsa yang terjejas.

#BanjirKelantan2022

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …