JERAYAWARA ‘ MY DESTINATION SABAH & LABUAN’ SASAR TINGKATKAN PELANCONGAN DOMESTIK, BANTU PENGENDALI PELANCONGAN

WP LABUAN – Tourism Malaysia meneruskan usaha membantu para penggiat industri, khususnya pengendali pelancongan dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, apabila mempertemukan mereka dengan pembeli berpotensi di Wilayah Selatan dalam program ‘My Destination Sabah & Labuan Meet Johor Roadshow 2022’.

Jerayawara berkonsepkan Business to Business (B2B) itu bertujuan mempromosikan destinasi, produk serta pakej-pakej pelancongan kepada kira-kira 80 wakil agensi pelancongan, jabatan kerajaan dan swasta serta syarikat korporat yang disasarkan menyertai program tersebut.

Inisiatif berkenaan digerakkan oleh Pejabat Tourism Malaysia Sabah selepas menerima sambutan cukup memberangsangkan dalam misi jualan ke Pulau Pinang pada penghujung tahun lalu. Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Perbadanan Labuan, Persatuan Pelancongan Sabah (STA) serta syarikat penerbangan Malaysia Airlines, MASwings dan AirAsia Berhad.

Majlis perasmiannya berlangsung di Fraser Place Puteri Harbour, Johor Bahru dan dirasmikan oleh Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara [Menanggung Kerja Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)] Tourism Malaysia.

Sebanyak 18 agensi pelancongan, 7 hotel dan 3 syarikat penerbangan telah dibawakan dari Sabah dan Labuan bagi menawarkan pakej-pakej berbentuk lawatan insentif, program hari keluarga korporat serta pakej pelancongan perniagaan.

Hadir sama Cik Tracelynn Peter Jupili, Pengurus Pemasaran Lembaga Pelancongan Sabah; Puan Zunaidah Hamzah, Penolong Pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan; En. Tonny Chew, Presiden Persatuan Pelancongan Sabah; Puan Trecey J Tojuka, Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Sabah dan Encik Solehuddin Ahmad, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan.

Turut berlangsung ialah majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara konsortium pelancongan Sabah dan Johor bagi memeterai kerjasama untuk mempromosikan pakej-pakej pelancongan di kedua-dua buah negeri.

Konsortium pelancongan Sabah disertai oleh agensi pelancongan Funholiday Tours & Travel Sdn. Bhd., Travel4You Sdn. Bhd., 1-World Travel & Tours Sdn. Bhd. manakala konsortium pelancongan Johor dibentuk menerusi gabungan JSG Holidays Sdn. Bhd., Razi Rafi Explorer Travel & Tours dan Executive Travel & Tours Sdn. Bhd.

Encik Iskandar Mirza berkata, penganjuran program tersebut diharap dapat memberikan sokongan kepada para pengendali pelancongan khususnya di Sabah dan Labuan sekali gus berupaya memangkin penyemarakan industri pelancongan domestik.

“Pelbagai pakej menarik ditawarkan bagi menjadikan Sabah dan Labuan sebagai destinasi pelancongan pilihan selain penganjuran acara-acara korporat seperti mesyuarat, seminar, persidangan serta program pengukuhan pasukan (team building) yang mampu menggalakkan percutian terancang dalam norma baharu.

“Selain memfokuskan kepada B2B, pengendali pelancongan dari Sabah dan Labuan turut berpeluang untuk menjalankan aktiviti ‘cross-selling’ di beberapa lokasi pelancongan di Wilayah Selatan apabila dibawa mengikuti lawatan produk sekitar Johor dan Melaka di bawah kelolaan Tourism Johor dan Tourism Melaka,” katanya.

SUMBER: TOURISM MALAYSIA, PERBADANAN LABUAN

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut