CORONAVIRUS DAN PEMATUHAN SOP SEMASA PENDERMAAN DARAH

Walau apapun situasi COVID-19 sekarang, PENGGUNAAN DARAH oleh pesakit masih diperlukan SETIAP HARI. Justeru itu, kelangsungan pendermaan darah masih perlu diteruskan .

Kepatuhan pada SOP amat kami titikberatkan di semua lokasi pendermaan kami, baik di pusat derma darah statik ataupun di kempen-kempen derma darah bergerak.

– Mewajibkan pemakaian pelitup muka oleh semua petugas dan penderma darah

– Saringan deklarasi COVID-19 dan status MySejahtera sebelum masuk ke lokasi pendermaan

– Peralatan kami di sanitasi selepas penggunaan

– Penjarakan sosial diamalkan oleh petugas dan penderma darah

– Amalan kebersihan (penggunaan ‘hand sanitiser)

Marilah datang menderma darah ke Pusat Darah Negara dan tabung- tabung darah yang berhampiran untuk menderma darah.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Jom kita sama-sama mengekang penularan COVID-19 dan juga menyelamatkan nyawa.

#unitpemasaranpdn

#jomdermadarah

#darahtakpernahcuti

#pendermakonsisten

#kitajagakita

 

 

SUMBER: FB PUSAT DARAH NEGARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA  https://www.facebook.com/PusatDarahNegaraKementerianKesihatanMalaysia

 

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …