SENI WARISAN PERSEMBAHAN BERMUKUN DI WP LABUAN

WP LABUAN – Ahli Kumpulan Mukun Anak Labuan (KUMALA) lengkap berpakaian tradisi ‘kubamban’ membuat persembahan bermukun pada sesi rakaman acara kesenian dan kebudayaan etnik Kedayan Labuan di Pantai Tanjung Aru Nelayan, Labuan baru-baru ini.

Bermukun secara asasnya adalah upacara bertandak (menari) dan berbalas pantun yang diselangi irama gendang yang dikenali sebagai ‘tambuu’ dalam bahasa Kedayan.
Para pemantun dan dayang gendang berpakaian tradisional etnik Kedayan iaitu ‘kubamban’ semasa upacara tersebut.
Pada masa dahulu, upacara tradisi bermukun diadakan sempena majlis perkahwinan, keramaian membuka kawasan baharu dan perayaan musim menuai.
Kini, bermukun lebih dikenali sebagai upacara kebudayaan dan kesenian yang menjadi salah satu aset pelancongan serta rujukan dalam mengenali warisan budaya serta sejarah masyarakat etnik Kedayan di pulau ini.
Budaya serta warisan masyarakat terdahulu seumpama ini adalah medium penting dalam menzahirkan ketamadunan dan pembentukan identiti sesebuah bangsa dan negara.
? Muqtadir Halim/BERNAMA
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut