WP LABUAN – Pada 19 Februari, telah berlangsung Program Jualan Keluarga Malaysia di Zmart Labuan Sdn Bhd dan Nepmart (Layangan Superstore), Labuan. Program tersebut dilihat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga Labuan.
Program Jualan Keluarga Malaysia ini menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga berpatutan yang lebih murah.
Program tersebut diharap dapat membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah rakyat, selain menjadi pemangkin kepada pengguna untuk merancang pembelian dengan membuat pilihan bijak.
Sumber: KPDNHEP WP LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan