KUNJUNGAN HORMAT PKN MKN MELAKA KE ATAS PENGARAH JABATAN LAUT NEGERI MELAKA

Pantai Puteri, 22 Februari – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Nasrul bin Menhat telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Laut Negeri Melaka iaitu Puan Pearl Ezzaty binti Shobri di Pejabat Laut Melaka, Jalan Pantai Puteri.

Dalam pertemuan tersebut, Tuan Mohd Nasrul bin Menhat telah diberi taklimat dan penerangan mengenai situasi keselamatan di kawasan Port Limit Perairan Negeri Melaka yang terletak di Kuala Sungai Linggi, Sungai Udang dan Pelabuhan Melaka. Perbincangan selama hampir 1 jam itu turut dihadiri oleh Mejar Mokhzaini bin Mokhtar Rudin, Penolong Pengarah (Tentera), MKN Negeri Melaka.

#KomunikasiStrategik #MKNMelaka

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …