SAYANGI SUNGAI DAN ALAM SEKITAR KITA

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama rakan kongsi Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL) iaitu Fuze Ecoteer berserta 12 sukarelawan dari Sunway Universiti telah menjalankan aktiviti pembersihan di Sungai Kayu Ara di Kampung Sungai Penchala selama 2 hari.

360 kg sampah telah dikutip semalam manakala sebanyak 456kg telah dikutip pada hari ini. Sampah-sampah ini akan diasingkan mengikut jenis bagi mengkaji jenis sampah yang paling banyak terlepas ke sungai.

Terima kasih juga kepada pihak SW Corp dan Alam Flora yang telah membantu mengutip sampah yang telah dikumpulkan.

DBKL menyeru warga kota Kuala Lumpur untuk lebih prihatin akan kebersihan sungai dan alam sekitar supaya ianya dapat dinikmati oleh kita sendiri dan generasi akan datang.

Turut menghadiri aktiviti tersebut adalah Puan Nor Hashida Bt Harun Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …