POLIS KELANTAN MENGESAN PEMILIK AUDI A4

PASIR MAS – Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun yang juga pemilik kereta jenis Audi A4 berwarna putih bagi membantu siasatan berhubung penahanan tekong, pemandu dan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kampung Lubok Kawah, Rantau Panjang pada 17 Februari 2022 (Khamis) lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir memaklumkan, suspek  dikenali sebagai Mohammad Shah Adnan Abdul Wahab, beralamat di Kampung Nibong, Tok Uban, Pasir Mas. Bertindak atas maklumat pada Khamis jam 4.30 petang semasa membuat rondaan, pihak PDRM terserempak dengan sebuah kereta jenis Audi A4 berwarna putih bernombor pendaftaran JPL 7898 di Kampung Nibong Tok Uban.

Suspek telah bertindak cuba merempuh anggota yang bertugas selepas pihak polis memperkenalkan diri. Susulan tindakan ganas suspek, anggota bertugas terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah kereta suspek dari arah hadapan bagi tujuan memberhentikannya, walau bagaimanapun suspek telah bertindak memecut laju ke arah jalan besar.

Selepas lima kilometer mengejar suspek, pihak polis menemui kereta yang dinaikinya di hadapan sebuah rumah di Kampung Gelam, Tok Uban namun suspek berjaya melarikan diri. Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952. Usaha mengesan suspek sedang diteruskan dan orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan boleh tampil atau menghubungi balai polis berhampiran.

Sumber: SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …