COVID19: DUA KLUSTER PENDIDIKAN DIKESAN DI WP LABUAN

WP LABUAN – Dua kluster dan 61 kes Covid-19 membabitkan pelajar institusi pendidikan dikesan di Wilayah Persekutuan ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata kluster itu dikesan pada 18 Februari di Kampung Merinding (Kluster Merinding 3) membabitkan 21 kes dan di Jalan Sungai Pagar (Kluster Sungai Pagar) yang merekodkan 40 kes.

“Kluster di Merinding dicetuskan oleh pelajar-pelajar yang pulang dari Sabah beberapa hari lalu.

“Kami menjalankan saringan ke atas 125 pelajar dan 21 orang daripada mereka telah didapati positif. Kesemua mereka telah menerima vaksinasi lengkap.

“Tidak semua pelajar di institusi terbabit iaitu lebih 2,000 orang pelajar menjalani kuarantin, hanya mereka yang dikesan positif, pelajar lain sedang meneruskan pengajian mereka seperti biasa,”

Dr Ismuni berkata Kluster Sungai Pagar dicetuskan oleh guru dan pelajar serta satu siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada jangkitan itu berpunca dari Sabah atau komuniti setempat.

Sementara itu, Kluster Lusu Patau-Patau yang dikesan dua minggu lalu dengan 19 kes, masih terkawal dan tiada kes baharu direkodkan.

Labuan menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19 dua minggu kebelakangan ini, berbanding bilangan kes satu digit sebelum ini.

SUMBER: BERNAMA

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

SAMBUTAN HARI KESEDARAN AUTISME PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2024

Sambutan Hari Kesedaran Autisme Tahun 2024 Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan. Majlis …
Maklumat Lanjut

LELAKI DITAHAN DAN 2 BUAH KENDERAAN DISITA DALAM CUBAAN SELEWENG BAHAN BAKAR PETROLEUM DI RANTAU PANJANG

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Khas Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Pasir Mas – …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

JELI 19 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima dua serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan AM …
Maklumat Lanjut