PENGUJIAN SISTEM AMARAN AWAL TSUNAMI NASIONAL MALAYSIA DI WP LABUAN

WP LABUAN – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) telah membangunkan sistem siren tsunami yang baharu bagi mengukuhkan Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia di WP Labuan disamping meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan menangani bencana khususnya Tsunami. Pada pagi tadi telah berlangsungnya sesi pengujian sistem tersebut yang menggunakan peti suara besar (loud speaker).
Siren tersebut mampu menjangkau jarak sehingga 2-3 kilometer bagi memberi amaran awal kepada penduduk setempat. Pengujian telah berjalan dengan lancar di dua lokasi iaitu di Masjid Al-Muttakin Kampung Kerupang dan Masjid Al-Muzakirullah Kampung Lubok Temiang, WP Labuan. Sesi tersebut turut dihadiri oleh agensi-agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan Perbadanan Labuan (PL).
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Seberang …
Maklumat Lanjut

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA KE ESSCOM

Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Raja Dato’ Nurshirwan bin Zainal Abidin …
Maklumat Lanjut