PULAU AMAN DIBADAI RIBUT : RUMAH, BOT NELAYAN ROSAK

BATU KAWAN, 17 Februari 2022 – Kejadian ribut yang melanda Pulau Aman, Seberang Perai Selatan pada awal pagi hari ini menyebabkan nelayan di kawasan sekitar mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit apabila peralatan menangkap ikan termasuklah bot milik mereka mengalami kerosakan dan tenggelam. Beberapa kediaman penduduk turut terjejas dan mengalami kerosakan akibat dipukul ribut.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Aman, Saibi Abd Majid menyatakan bahawa sebelum kejadian ribut berlaku, fenomena air pasang sedang melanda menyebabkan rata-rata penduduk tidak menjangkakan kehadiran ribut.

Difahamkan bahawa pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah menghubungi ketua unit nelayan yang berkenaan bagi membuat bancian kerosakan dan jumlah mereka yang terbabit.

Sumber berita dan gambar :

BH Online

#KeluargaMalaysia

#bencana

#ribut

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …