BALIK PULAU, 17 Februari 2022 – Nelayan di Jeti Kampung Nelayan Teluk Kumbar dan Kuala Sungai Teluk Kumbar di sini terpaksa menanggung kerugian besar selepas bot milik mereka dilaporkan rosak teruk termasuk dihanyutkan ombak dalam kejadian ribut awal pagi tadi.
Dikatakan hampir 10 bot nelayan yang diletakkan di sepanjang jeti berkenaan terjejas selain ada yang tenggelam akibat dibadai angin kencang kira-kira pukul 12.30 malam tadi.
Selain itu, bot-bot nelayan pantai lain juga turut mengalami kerosakan teruk termasuk dihanyutkan arus ombak kira-kira 300 meter dari jeti dan ada yang terbalik serta pecah akibat terkena batu. Para nelayan difahamkan terpaksa menanggung kerugian hampir RM40,000 hingga RM50,000 bagi setiap bot termasuk kos kerosakan peralatan menangkap ikan.
Sumber berita dan gambar :
#KeluargaMalaysia
#bencana
#ribut