KEJADIAN SAMUN BERSENJATAKAN PARANG DI STESEN MINYAK SHELL LAMA, LUKUT, PORT DICKSON, NSDK.

   

Pada 16/02/2022 (Rabu) jam lebih kurang 10.15 pagi, anggota Pejabat Pertanyaan Balai Polis Lukut telah terima panggilan telefon daripada (1)(P) Melayu berkenaan (1)(L) Cina telah disamun oleh (4)(L) India menaiki kereta jenis Perodua Myvi warna Silver di Shell Lama, Lukut.

Mangsa yang merupakan pemilik kedai emas di pekan Port Dickson berumur 50 tahun memberitahu semasa berhenti di Stesen minyak Shell menghala ke Lukut telah di serang oleh sekumpulan (5) lelaki dengan bersenjatakan parang dan menaiki dua (2) buah kenderaan.

Suspek telah menghalang dari arah hadapan dan belakang kereta milik mangsa semasa mangsa sedang memberhentikan kenderaan di pam minyak stesen tersebut. Suspek telah mengambil (3) buah beg berisi barang kemas, sebuah telefon bimbit, wang tunai dan dokumen peribadi milik mangsa sebelum melarikan diri.

Semasa suspek melarikan diri, Mangsa telah mengejar kenderaan suspek dan menghimpit salah sebuah kereta suspek hingga menyebabkan kenderaan suspek hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan. Mangsa kemudiannya telah berpatah balik namun suspek telah berjaya melarikan diri. Mangsa mengalami kecederaan ringan dibahagian tangan akibat terkena senjata parang.

(2) buah Beg barang kemas yang dilarikan telah dijumpai semula di dalam kenderaan jenis Honda CRV warna hitam yang terbalik di hadapan deretan kedai tepi jalan Lukut. Siasatan lanjut pihak polis terhadap kenderaan suspek juga telah menemui (2) bilah parang dan satu walkie talkie yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk menyamun mangsa.

Hasil semakan keatas No Chasis kenderaan jenis Honda CRV tersebut juga mendapati kenderaan tersebut telah dilaporkan hilang dan disamun pada 25/11/2021 di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian ini, suspek juga telah mengalami kecederaan namun berjaya meloloskan diri. Usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dijalankan. Pihak polis meminta orang awam atau saksi yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini untuk menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Fatiha Nur binti Hamidus di talian : 013-6217365 atau Hotline IPD Port Dickson : 06-6462999 dalam membantu pihak polis menjalankan siasatan.

Kes disiasat dibawah Sek. 394 kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda atau sebat.

Sumber : FB IPD Port Dickson 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut