SEBERANG PERAI KINI MEMPUNYAI TAMAN TRAFIK PERTAMA BAGI PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA KANAK-KANAK

Untuk makluman warga Pulau Pinang, Taman Trafik yang diwujudkan berhampiran Taman Dahlia merupakan Taman Trafik yang pertama di bahagian Seberang Perai.  Taman yang dirancang sejak tahun 2020 dengan nilai RM83,350 dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow pada 13 Februari yang lepas.

Menurut beliau, projek Taman Trafik pertama berkaitan akan menjadi sebuah taman poket berkonsepkan trafik dan bakal memanfaatkan golongan kanak-kanak khasnya supaya lebih memahami syarat-syarat keselamatan jalan raya demi keselamatan mereka.

Antara skop projek di Taman Trafik, Taman Dahlia adalah laluan pejalan kaki, papan-papan tanda jalan raya, bonggol, bulatan, pokok-pokok renek dan arca berkaitan keselamatan jalan raya.

Sumber:

Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …