LATIHAN FIRE-DRILL DI PEJABAT MKN PULAU PINANG, BANGUNAN MARA

George Town, 16 Februari 2022 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang telah mengadakan latihan kebakaran di Bangunan MARA, Jalan Pengkalan Weld pada 16 Februari 2022, yang mana melibatkan semua Agensi dan syarikat yang beroperasi di bangunan tersebut.

Latihan tersebut bermula pada jam 10.00 pagi setelah loceng kebakaran dibunyikan dan semua kakitangan yang bertugas dikehendaki berkumpul di kawasan tanah lapang bersebelahan bangunan MARA.

Objektif latihan ini adalah untuk memastikan semua kakitangan sentiasa berwaspada dan peka terhadap amaran kecemasan di samping mengetahui akan tindakan segera yang perlu diambil dan mengambil maklum tentang laluan kecemasan yang perlu dilalui dikala berlaku sebarang kejadian kebakaran.

Terima kasih diucapkan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang yang telah memberikan taklimat keselamatan dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana.

 

#KeluargaMalaysia

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …