KUALA LUMPUR, 15 FEBRUARI 2022 – Program ‘Talk To Us’ dan AMANITA Balai Polis Brickfields telah dilaksanakan oleh SM Syed Mohd Nazeri b. Syed Zain, Sjn Anuar b. Ismail dan L/kpl Farini Sim di perkarangan stesen minyak Shell Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Tujuan utama program diadakan adalah untuk menyampaikan info-info berkenaan trend jenayah terkini kepada masyarakat disamping mendidik sambil mengedar risalah pencegahan jenayah. Disamping itu juga, program ini dapat memberi pengetahuan yang jelas kepada masyarakat mengenai langkah-langkah dalam mencegah dari berlakunya jenayah.
Respon yang positif serta sambutan yang amat baik oleh masyarakat sepanjang program berlangsung dan program selesai pada jam 11.30 pagi.
SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields