PROGRAM SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN PERINGKAT LABUAN DITANGGUHKAN

WP LABUAN – Beberapa baki program Sambutan Hari Wilayah 2022 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang dijadualkan berlangsung sepanjang minggu bulan Febuari ini  telah ditangguhkan  serta merta susulan peningkatan semula kes COVID 19 di seluruh Negara.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Ismail  (gambar) dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu diputuskan  oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, selapas mengambil kira keselamatan orang ramai.

“Sebanyak 21 daripada 31 acara termasuk Program Kenduri Wilayah Persekutuan yang akan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Citra Budaya, Muzikal dan Pertandingan Tarian Zapin   Kreatif  adalah antara acara yang terpaksa ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak” katanya.

Rithuan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD) Labuan menjelaskan selain itu acara seperti  ‘Battle of the band, pertandingan Putsal Piala Menteri Wilayah dan  Karnival sukan pantai turut ditangguhkan.

Sebelum ini katanya, sebanyak 10 acara  yang membabitkan acara Pencahayaan, Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan, pertandingan mewarna, TikTok, pertandingan fotografi, pertandingan petanque, bacaan Yasin dan doa selamat, zumba perpaduan dan pameran Keluarga telahpun berjaya dijalankan.

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …