CUBAAN SELUDUP 510KG MINYAK MASAK & 100KG TEPUNG KE THAILAND BERJAYA DIPATAHKAN!

 

Seorang penyeludup nekad melarikan diri selepas kereta yang sarat dengan muatan sebanyak 510 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi dipandunya ditahan anggota penguat kuasa di Jalan Chabang Empat Tok Mek Ngah di sini semalam.

Kereta jenis Proton Iswara Aeroback itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari selepas membawa muatan minyak masak dan 100kg tepung gandum yang dipercayai akan diseludup ke negara jiran.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Azanizam Afendi Juri memaklumkan bahawa sebaik menerima maklumat, pihaknya dengan kerjasama Unit Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat mengesan kereta dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan dari Bachok menghala ke Tumpat.

Kereta itu berjaya ditahan berhampiran Jalan Chabang Empat Tok Mek Ngah, namun pemandunya sempat melarikan diri ke dalam semak berhampiran kawasan tersebut.

Pemeriksaan lanjut di dalam but kereta itu telah menjumpai minyak masak dan tepung gandum bernilai RM 6,410 yang dipercayai akan diseludup ke Thailand.

KPDNHEP Kelantan tidak akan berkompromi dengan individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

 

SUMBER : KOSMO & FB KPDNHEP KELANTAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …