KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI 2022 – Latihan Kebakaran dan Pengosongan Bangunan Balai Polis Petaling, Batu 5½, Jalan Klang Lama Kuala Lumpur telah dijalankan oleh warga Balai Polis Petaling. Objektif utama latihan ini bertujuan untuk melihat tahap kecekapan dan kepekaan pihak Polis apabila berlakunya situasi kecemasan seperti gemparan am atau kebakaran.
Antara yang terlibat semasa latihan ini ialah Insp Nazrul Hisham bin Musa, KPB Petaling, 38 orang PRP dan 2 orang Pegawai Awam. Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan ‘multi-skill’ kepada pegawai dan anggota untuk bertindak.
Seramai 10 orang Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling hadir sebagai pemerhati sepanjang latihan ini dijalankan. Disamping itu juga, pihak Bomba turut menyampaikan taklimat keselamatan serta memberi penerangan dan pendedahan tatacara pengendalian peralatan pemadam api mengikut konsep ‘PASS’ (Pull/Aim/Squeeze/Sweep) dan latihan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
SUMBER: POLIS BRICKFIELDS
https://www.facebook.com/polisbrickfields