KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 MENURUN KEPADA 1.43

Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 dilaporkan menurun pada tahap 1.43 pada 13 Februari 2022 (Ahad) berbanding 12 Februari 2022 (Sabtu) 1.49 berdasarkan data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya pada 14 Februari 2022 (Isnin). Labuan masih merekodkan kadar tertinggi sekali gus melepasti Rt negara dengan kadar 1.90.

Sarawak mencatatkan 1.61 manakala Sabah 1.60 diikuti Pulau Pinang (1.44); Perlis (1.43); Pahang (1.39); Selangor (1.37) dan masing-masing 1.35 di Johor, Kelantan dan Kedah. Terengganu dan Negeri Sembilan mencatatkan kadar 1.34 manakala Putrajaya 1.30 diikuti Perak (1.27), Kuala Lumpur (1.22) dan Melaka (1.19).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai Rt, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Pada Ahad lalu, kes COVID-19 dilaporkan menurun dengan 21,072 berbanding 22,802 pada Sabtu, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,040,235 kes. Daripada jumlah itu, 99.59 peratus atau 20,986 kes adalah kategori satu dan dua.

Sumber info :

SINAR HARIAN

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

PENGGUNAAN INSINERATOR DALAM PENGURUSAN SAMPAH YANG LEBIH EFEKTIF

Insinerator memainkan peranan penting dalam pengurusan sisa dan pembuangan sampah moden. Berikut adalah beberapa kepentingannya: Pemusnahan Sisa: Insinerator membantu dalam …
Maklumat Lanjut

SISIPAN SEJARAH PADA 8 MEI 1960: ‘BUKU MERAH’ DIEDAR

Pada hari semalam (8 Mei) dalam tahun 1960, Kerajaan Persekutuan telah mengedarkan ‘Buku Merah’ ke seluruh negara. Buku Merah yang …
Maklumat Lanjut

KENAL PASTI POKOK ‘SAKIT’ TEPI JALAN, ELAK RISIKO TUMBANG

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutamanya di …
Maklumat Lanjut