KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH TAPAH

TAIPING: Polis menahan dua lelaki yang aktif melakukan pengedaran dadah di sekitar Taiping di Medan Perwira Kamunting di sini Khamis lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, suspek masing-masing berusia 24 dan 29 tahun ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada pukul 9.30 malam.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek pertama yang juga seorang penganggur menemukan enam bungkusan plastik dadah jenis heroin dengan anggaran berat 2,750.31 gram dan satu bungkusan plastik dadah jenis syabu dengan anggaran berat 256.89 gram.

“Susulan penahanan suspek pertama, polis menahan suspek kedua yang bekerja sebagai pemandu lori di dalam sebuah kereta di hadapan premis di lokasi yang sama.

“Kedua-dua suspek dipercayai terlibat secara aktif dalam pengedaran dadah secara bersama di kawasan ini. Kedua -dua suspek ini dipercayai bergiat aktif semenjak tiga bulan lalu di kawasan ini dan ujian saringan air kencing ke atas mereka juga didapati positif dadah.

“Hasil semakan, suspek pertama mempunyai dua rekod lampau dan suspek kedua mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman tujuh mulai 11 hingga 17 Febuari dan nilai keseluruhan dadah yang dirampas berjumlah RM121,939.

Menurutnya, polis turut menyita dua utas rantai emas, sebuah kereta, sebuah motosikal dan dua buah telefon bimbit dengan nilai barang sitaan keseluruhan berjumlah RM45,434.

“Dadah yang dirampas ini boleh digunakan lebih kurang 10,000 penagih. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati,” katanya. –

Sumber : UTUSAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …