STATUS IBADAH HAJI: TABUNG HAJI MASIH TUNGGU KEPUTUSAN RASMI ARAB SAUDI

Kuala Lumpur, 14 Februari 2022: Status ibadah haji termasuk kos, bantuan kewangan, kuota dan syarat bagi jemaah tanah air tahun ini masih belum diputuskan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) susulan masih menunggu keputusan rasmi kerajaan Arab Saudi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata Arab Saudi belum mengadakan perbincangan dengan semua negara yang menghantar jemaah haji.
Menerusi sidang media yang diadakan selepas majlis serahan Program Mobiliti TH di Menara Tabung Haji, Datuk Idris Ahmad memaklumkan bahawa Menteri Haji Arab Saudi belum lagi memanggil semua negara untuk berbincang perihal ini. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memaklumkan kepada rakyat selepas mendapatkan info yang berkaitan.
Turut hadir sama adalah Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar. Sebelum ini, Malaysia tidak menghantar rombongan jemaah haji sejak 2020 dan tahun lalu susulan Arab Saudi mengkhususkan pelaksanaan ibadah itu bagi rakyatnya serta golongan ekspatriat ydi negara berkenaan susulan pandemik COVID-19 yang belum reda.
Pada masa sama, Datuk Idris Ahmad turut menjelaskan bahawa TH masih akan mengekalkan sistem penggiliran dengan mengutamakan jemaah haji tahun 2020 dan 2021 terlebih dahalu. Jelasnya, pihaknya masih sedang memperhalusi soal itu dan akan mengumumkannya bagi merujuk kepada konteks dari segi prosedur operasi standard (SOP) yang akan diberikan kepada TH oleh kerajaan Arab Saudi.
Sumber berita dan gambar:
Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …