PROGRAM “OUTREACH” SEMPENA TAHUN BARU CINA 2022 JPJKK PDRM PULAU PINANG BERSAMA KOMUNITI

Jetty Chew, 9 Februari 2022 – Program “Outreach Sempena Tahun Baru Cina 2022” Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM bersama komuniti Pulau Pinang di Jeti Chew, Georgetown Pulau Pinang bersama YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah berlangsung pada 8 Februari 2022.
Turut hadir dalam program berkenaan adalah YDH DCP Dato’ Fisol bin Salleh, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang , YDH ACP Tan Cheng San, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pulau Pinang , ketua – ketua jabatan , ketua polis daerah serta pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah polis JPJKK yang bertugas.
Dalam program tersebut YDH Dato’ Ketua Polis Pulau Pinang bertemu dengan pemimpin komuniti setempat YBhg. Encik Chew Choon Seng, Pengerusi Jeti Chew , YBhg. Dato’ Chew Beng Heng, Setiausaha Jeti Chew, ahli – ahli jawatan kuasa Jeti Chew, peniaga-peniaga dan masyarakat di sekitar kawasan Jeti Chew serta menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina serta menasihatkan semua pengunjung dan penduduk sentiasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian COVID-19 sekaligus menyemaikan semangat setia kawan antara PDRM dengan masyarakat dalam usaha membendung kejadian jenayah dan dapat menghilangkan rasa takut menjadi mangsa jenayah dalam kalangan masyarakat dan meningkatkan keselamatan sekitar kawasan Jeti Chew yang kini merupakan salah satu tempat lokasi menarik tumpuan dan tarikan pelancong untuk berkunjung ke Negeri Pulau Pinang.
#KeluargaMalaysia
Sumber berita dan gambar:
Laman Facebook PDRM Pulau Pinang

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …