UPAH RM100 EDAR DADAH

 

TUMPAT – Cubaan pertama seorang pemuda mengambil upah RM100 bagi menghantar 1,000 bekalan pil kuda kepada pelanggan di sekitar daerah ini menjerat dirinya apabila dia diberkas polis di Wakaf Bharu di sini pada Ahad lalu.

Suspek berusia 27 tahun beralamat di sebuah pondok di Kampung Geting, di sini, ditahan pada jam 4.30 petang. Pemeriksaan tubuh badan terhadap suspek mendapati satu bungkusan berwarna kekuningan di dalam genggaman tangan kirinya. Hasil pemeriksaan dalam bungkusan itu mengandungi 1,000 butir pil kuda dianggarkan seberat 100 gram bernilai RM10,000.

Suspek ditahan selama tujuh hari bermula Isnin sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah.

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …