PULAU PINANG – SELAMAT HARI KESELAMATAN INTERNET SEDUNIA

Selamat Hari Keselamatan Internet Sedunia!

Akal fikiran manusia merupakan anugerah hebat sehingga membolehkan manusia mencipta satu sistem komunikasi data berskala global dikenali sebagai Internet. Tahukah anda, apakah yang ditakrifkan sebagai Internet? Mengikut Kamus Bahasa Melayu, Internet didefinisikan sebagai rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia.

Internet kini menjadi platform yang berkembang maju seiring Revolusi Keempat Industri atau lebih dikenali sebagai Revolusi 4.0 atau Industri 4.0. Kemajuan teknologi Internet telah memberikan banyak manfaat dan menjadi keperluan asas dalam rutin masyarakat pada hari ini. Secara umumnya, Internet memberikan kemudahan dalam banyak perkara seperti perkongsian maklumat global, urusan perbankan, perkhidmatan dan pendidikan secara dalam talian, berita dan hiburan terkini.

Namun disebalik keghairahan menggunakan Internet, masyarakat sebenarnya sangat berisiko terdedah kepada bahaya ancaman keselamatan siber seperti serangan virus, aktiviti pencerobohan dan capaian yang tidak sah, penyalahgunaan kemudahan perbankan Internet, akaun palsu dan penggodam (hackers).

Oleh itu, Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang, Jabatan Perdana Menteri ingin menyeru masyarakat Pulau Pinang supaya sentiasa mengamalkan etika penggunaan Internet yang berhikmah dan mengamalkan tips-tips keselamatan Internet seperti berikut:

  • Kemas kini kata laluan (password) dengan menggunakan kombinasi huruf, nombor dan aksara istimewa
  • Waspada emel atau pautan yang mencurigakan. Jangan klik dan jangan buka!
  • Kemas kini ‘firewall’ dan “anti-virus”
  • Matikan komputer dan sambungan Internet apabila tidak digunakan
  • Putuskan sambungan Internet sekiranya terdapat permintaan “ping” atau sebarang aktiviti mencurigakan

 

#keselamatansiber

#ancamansiber

#internet

#KeluargaMalaysia

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …