PENUTUPAN SESI PERSEKOLAHAN JIKA KES COVID-19 TIDAK TERKAWAL

AYER KEROH 4 Feb – Keputusan menutup sesi persekolahan di negeri ini hanya sesuai dilaksanakan jika tahap penularan COVID-19 sudah tidak lagi mampu dikawal.

Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal Azahar Abu Bakar berkata, setakat ini kluster pendidikan hanya membabitkan sekolah tertentu sahaja. Katanya, setakat ini pelajar Kluster Pendidikan yang dilaporkan positif juga hanya dikategorikan sebagai pesakit tahap 1 dan 2. “Tidak perlu tutup jika tiada penularan kes yang tinggi. Kalau hanya ada seorang dua yang positif, jadi pelajar itu perlu dikuarantin dan kelas disanitasi.”

“Tetapi jika ia melibatkan tenaga pengajar sehingga terpaksa tutup tiga atau empat kelas, barulah sekolah berkenaan perlu ditutup,” katanya.

Sementara itu Yang Dipertua PIBG SK Ayer Keroh, Mat Noor Md Zin berkata, tidak relevan untuk menutup semua sekolah kerana ia akan mengganggu sistem pendidikan. “Bagi pihak PIBG, keperluan menutup sekolah hanya untuk yang ada kes COVID-19 yang tinggi.”

“Jika hanya melibatkan pelajar dalam satu kelas tidak perlu lah satu sekolah ditutup hanya yang berisiko tinggi sahaja, seharusnya semua pihak perlu menjadikan norma baharu sebagai amalan harian.”

“Kita tiada pilihan macam mana sekalipun kena hidup dalam COVID-19 dengan mengamalkan norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

 

Sumber: Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …