PROGRAM TANGAN BERSALAMAN: PSP DAN PGA GIAT OPERASI PASCA BENCANA DI PERAK

Sepasukan pegawai dan anggota dari Unit 5, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) serta Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini terus menggerakkan usaha melaksanakan operasi pembersihan di kawasan bencana ribut dekat Kampung Tawas, Ipoh, Perak.

Pasukan tersebut yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Unit 5, PSP, Superintendan Nor Azizan Yusof telah membersihkan jalan-jalan utama dari sisa kayu dan batu serta kawasan perumahan yang terjejas teruk dalam bencana alam minggu lalu.

Menerusi program kebajikan itu juga, Polis Diraja Malaysia telah menurunkan enam buah lori pengangkut bersama sebuah trak muatan besar bagi melancarkan lagi tugas-tugas pembersihan.

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …