61 PREMIS JUDI DISERBU

AYER KEROH 3 Feb – Sebanyak 61 serbuan membabitkan aktiviti perjudian dijalankan polis negeri ini untuk bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, daripada serbuan dijalankan itu seramai 70 individu ditahan pihaknya bagi membantu siasatan untuk tindakan lanjut.

“Judi dalam talian merekodkan serbuan tertinggi dengan 37 serbuan, diikuti loteri awam tanpa lesen (23) dan satu serbuan membabitkan judi tempat bebas.

“Susulan itu juga polis turut merampas 40 biji telefon bimbit dipercayai digunakan dalam aktiviti perjudian serta sejumlah wang tunai berjumlah kira-kira RM9,000 turut dirampas,” katanya.

Menurut beliau, sepanjang tahun lalu juga sebanyak 862 serbuan dilakukan antaranya membabitkan aktiviti perjudian premis perjudian tambah nilai, ‘calling center’, loteri awam tanpa lesen serta judi dalam bangunan.

“Daripada jumlah itu juga pihak polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menjalankan tindakan pemotongan bekalan elektrik keatas premis perjudian tanpa lesen.

“Polis Melaka juga berjaya membuat 1,047 tangkapan serta merampas wang tunai dipercayai digunakan untuk pertaruhan berjumlah RM159, 269,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, tindakan serbuan, tangkapan serta rampasan dilakukan sepanjang tahun lalu memberi impak besar kepada individu serta sindiket perjudian khususnya yang aktif di negeri ini.

“Pihak polis memandang serius aktiviti perjudian dan sentiasa fokus serta komited dengan mengambil tindakan berterusan dalam usaha menangani aktiviti tidak bermoral ini.

“Kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat membabitkan kegiatan judi amat dialu-alukan dan ianya amat membantu pihak polis dalam merealisasikan aktiviti perjudian dihapuskan,” katanya.

Sumber: Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut