ANGKARA GUNA PERKATAAN HALAL, MELAYANG RM 10,000

 

AYER KEROH 3 Feb – Padah menggunakan perkataan halal tidak diperakui pada menu makanan, seorang pemilik premis didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Joanne To Mei Ting, 30, selepas wanita terbabit mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperakui bahawa makanan di premisnya adalah halal dengan menggunakan ungkapan ‘Halal’ pada lapan unit menu tanpa diperakui sebagai halal oleh pihak berkuasa.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di premisnya di Jalan Kampung Pantai, kira-kira jam 6.30 petang, pada 5 Mac 2021.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dibawah Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum dibawah Perenggan 8(B) perintah sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-keduanya jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Syazwani Zawawi mencadangkan hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira halal adalah isu sensitif selain premis itu juga terletak di tempat pelancongan.

Malah ia juga sebagai pengajaran kepada masyarakat luar yang sedang atau mungkin melakukan tindakan sama seperti dilakukan orang kena saman (OKS).

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon maaf kerana melakukan kesalahan itu selain meminta agar hukuman ringan dikenakan dengan alasan perlu menanggung anak dan ibu selain perniagaan terkesan susulan pandemik COVID-19.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh didenda RM10,000 atau dikenakan penjara tiga bulan jika gagal membayar denda dikenakan.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …